Program Junior Celik IT 03/2015
5 Julai 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 4 Julai 2015, Program Junior Celik IT hari ketiga telah diadakan. Sesi ketiga program ini telah disertai oleh 12 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Program ini bertujuan untuk memberikan latihan asas komputer kepada para peserta, menjelaskan etika berinternet dan kesilapan biasa di internet. Selain itu, aktiviti 'Mix & Match' ICT dan KDB serta KDB Scrabble telah dilaksanakan bagi memastikan pemahaman peserta tentang ICT dan topik Klik Dengan Bijak yang telah dibincangkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: